Konsep pelancongan inap desa semakin popular apabila pelancong berpeluang menikmati keunikan hidup masyarakat desa secara langsung. Program ini telah menjadi produk pelancongan yang mempopularkan nama Kerdau dengan kehadiran pelancong luar negara dan tempatan.
Inap desa di kawasan ini menawarkan pelbagai pakej kebudayaan, kemasyarakatan, ekopelancongan, agropelancongan dan lain-lain.
Dalam program inap desa di Kampung Rumpun Makmur menawarkan pakej menarik seperti :
- Merasai pengalaman bekerja di ladang kelapa sawit dan getah
- Meneroka keindahan Gunung Senyum
- Memancing
- Menyusuri Sungai Pahang
- Melawat perkampungan orang Asli Jahut
- Melawat Makam Pahlawan Mat Kilau
- Permainan tradisional
- Melawat Pusat Kraftangan Temin.
No comments:
Post a Comment